Akademi al-Quran musim ketiga (AQ3) akan bermula tidak berapa lama lagi dan kini proses pencarian para pesertanya sedang berlangung. Kali ini sembilan lokasi disediakan untuk mereka yang berminat untuk menyertai AQ3. Abdullah Fahmi Che Nor dan Anuar Hasin adalah juara Akademi al-Quran untuk musim pertama dan kedua. Jika anda ingin mengikut jejak langkah mereka pergi ke sesi uji bakat yang terdekat.
Lokasi uji bakat Akademi al-Quran musim ketiga adalah .... baca seterusnya.
Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.
Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.
Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berkaitan kes Sharlinie ini boleh menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran atau bapa Sharlinie, Mohd Nashar 016-270 9096 / 016-258 3450 atau Balai Polis Daerah Petaling 03-7966 2222 atau Polis 999. Baca seterusnya...